Sunday, September 20, 2009

Aku tetap aku.....

Assalamuaikum...pada yang tersingkap tinta ini.

Hari ini aku kembali menulis dalam blog yang sekian lama aku tinggalkan. Setelah bertahun-tahun aku nak lupakan,namun terdetik sungguh aku nak menyingkap kembali sejarah ku dalam tinta blog ini. Hari ini jugak sebenarnya adalah Hari Raya Aidilfitri...jadi aku ucapkan Salam Aidilfiri untuk semua....
Entahlah....setelah beberapa tahun yang lepas,banyak perkara yang sebenarnya menduga ketabahan ku dalam menghadapi kehidupan seorang yang bergelar lelaki ini. Namun, hampir segala-galanya aku hanya mampu pendamkan dalam hati..kerana aku tak pernah terfikir ada teman mahupun seseorang yang sudi mendengar cerita ku. Dahulunya ada,seorang yang bergelar kekasih...tapi kini aku hanya seorang diri. Jadi bila blog yang kembali aku singkap malam ni,terfikir plak aku nak meluahkan segala-galanya...( seandainya diberikan kesempatan lah,selagi mampu :)...)...insya-Allah,sebenarnya mula malam ni aku ingat akan mengaktifkan kembali blog aku ni...ni lah tempat aku meluahkan apa yang aku rasa...(...setelah ditinggalkan...cian nyerrrr :(...)
Aku tetap aku,tak pernah berubah...aku masih seorang yang seperti dulu...jadi bila aku bercerita tentang aku tetap aku,maknanya aku masih mengingati perkara yang berlaku dahulu membuatkan aku masih tak berubah. Emmmm seksa rasanya bila masih menyayangi kekasih yang tinggalkan kita...rasa sedih,rasa rindu yang teramat...semua itu jadi teman setiaku sejak hampir 4 tahun lepas.
Norfarina...satu nama yang masih segar diingatanku. Aku biasa panggil namanya Rina...dia lah yang masih ku sayang,dia lah yang masih ku rindu...tapi aku tak pernah lagi mencarinya,kerana aku yang ditinggalkannya...dan sebab aku masih mempunyai harga diri untuk aku tak mengejarnya. Dia sebenarnya banyak memberikan kesan dalam kehidupan pada masa yang lalu. Aku kenalinya masa sama-sama di Universiti...( UNITAR )....hari pertama aku mengenali kehidupan di kolej,aku masih tak berteman. Namun bila orientasi bermula pada keesokkan harinya,Rina lah orang yang pertama menyapa ku. Masa tuh aku masih segan silu lagi nak menyahut sapaannya. Tapi aku belajar untuk membuka langkah pertama untuk berkawan dengannya. Sapa tahu, dan aku pun memang tak tahu...rupanya dia pun adalah asalnya dari Sabah...orang Sandakan !!!.....be continue,mengantuklah :)